Wednesday, January 31, 2007

Hari Pertama Kempen Bermula



17 : 01 : 07 – Berpusat di Top Range Chalet, tenaga Uresetia Putera dan jentera penggerak berkampong. Malah Dato Azeez sendiri tinggal tetap di situ bersama seluruh tenaga urusetia dan pegawai Putera UMNO.

Bermula sekitar jam 2.00 petang membawa ke awal pagi, dengan disokong oleh enam kenderaan pelbagai jenis dan lebih 200 motosikal dari Kelab Motosikal Putera Raub, Putera UMNO sebenarnya sudah bersedia untuk ‘menggempur’ Batu Talam bagi memastikan kemenangan terus kekal bersama Barisan Nasional.

Tuesday, January 30, 2007

Satu Lagi Kerja Amal Putera : Gotong Royong di Surau Kuala Semantan



18 : 01 : 07 - Menyumbang tenaga dan berbakti untuk masyarakat sudah menjadi sebahagian daripada kerja Putera UMNO. Di minta apa sahaja, membantu mangsa banjir, menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran, membantu keluarga miskin, anak yatim yang memerlukan perhatian malah merentasi sempadan ke Yogyakarta dan misi bantuan mangsa gempa di Pakistan, Putera UMNO sanggup demi membuktikan Pemuda UMNO dan kerajaan Malaysia sememangnya prihatin dan sentiasa membela nasib rakyat.

Di Batu Talam juga begitu. Pada tanggal 18 Januari, seluruh ahli Putera di kerah untuk membersih kawasan Surau di Kuala Semantan. Sumbangan bakti sebegini adalah terjemahan bahawa Putera UMNO juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang prihatin dan mengambil berat tentang kerja-kerja amal. Jangan di lihat bahawa Putera UMNO ini hanya pada kacamata mat rempit atau remaja jalanan.

Monday, January 29, 2007

Malam atau Siang sama sahaja di Batu Talam



19 : 01 : 07 – Kehadiran Putera UMNO di Batu Talam bukan untuk ‘berpesta’ atau sekadar ‘cuti-cuti makan angin’, namun kehadiran Putera di Batu Talam adalah sebagai jentera sokongan dan membantu jentera Pemuda UMNO.

Oleh itu, antara siang dan malam, sama sahaja bagi Putera UMNO. Kerja dan gerak kerja perlu diteruskan. Sambil diawasi 24 jam oleh Pengerusi Putera, Dato’ Azeez sendiri turut menyinsing lengan dan bersengkang mata, bukan sebagai ketua tetapi turut bekerja bersama.

Inilah antara resepi mengapa kerja berat menjadi ringan, penat lelah tidak terasa. Di penghujung kerja ketika ayam jantan mula berkokok ‘boss’ belanja makan di warung.

Sunday, January 28, 2007

Masjid Jamek Kg Melayu Cheroh menjadi saksi kerja amal Putera



20 : 01 : 07 - “Kehadiran Putera mesti dirasai oleh masyarakat setempat”. Itu antara pesan awal Dato Azeez kepada ahli Putera UMNO. Bagi memastikan kehadiran Putera di lihat dan dirasai oleh masyarakat setempat, Putera UMNO perlu bersedia untuk berada di mana sahaja atas misi memberi bantuan dan membantu kerja-kerja amal.

Pada tanggal 20 Januari, sekumpulan Putera UMNO bersama masyarakat Kg Melayu Cheroh bergotong royong membersih dan mengecat semula Masjid Jamik Kg Melayu Cheroh. Putera UMNO membersih masjid bukan ‘berkubang’ di masjid. Keadaan ini jelas dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat setempat dan bukannya di nilai oleh mereka yang tidak hadir dan hanya mendengar seterusnya melapor bersandarkan rasa cemburu atas kehadiran Putera UMNO.

Saturday, January 27, 2007

Misi Bantuan Banjir di Batu Talam



21 : 01 : 07 - Kalau boleh dipinjam kata-kata, ke gunung sama di daki, ke lurah sama di turuni, Putera UMNO sudah membuktikan kehadiran mereka perlu diterima oleh rakyat. Bukan gimik politik atau retorik pemimpin, sebelum ke Kg Kuala Semantan membantu mangsa banjir, Putera UMNO sudah pun ‘membuat kerja’ ini dengan misi bantuan banjir di Kedah dan terbaru di Melaka dan Johor.

Hari ini setelah berkampong di Batu Talam, Kuala Semantan dan Kg Pia di landa banjir. Sukarelawan Putera UMNO bersama pengerusinya Dato Azeez, Naib Ketua Pemuda Saudara Khairy Jamaluddin, ADUN Raub Dato Shaharuddin Moin dan calon Barisan Nasional Batu Talam Saudara Abdul Aziz Kiram meredah air untuk menghulur bantuan kepada mangsa banjir. Buktinya melalui rakaman lensa ini…

Friday, January 26, 2007

Kebakaran di Tanjong Manggis Putera Turut Membantu



22 : 01 : 07 – Tidak siapa yang meminta kesusahan atau musibah menimpa diri, namun apa yang berlaku sudah menjadi ketentuan Allah SWT. Ketika seluruh jentera parti berkampong di Batu Talam dalam misi memastikan kerusi Batu Talam kekal di tangan Barisan Nasional, berita buruk di terima dari Kampong Manggis. Sebuah rumah di jilat api. Bertindak atas maklumat di terima sukarelawan Putera UMNO pantas menghulur bantuan bagi meringan beban keluarga malang tersebut.

Thursday, January 25, 2007

Kebawah DYMM Sultan Pahang melawat mangsa Banjir di Batu Talam



23 : 01 : 07 – Mendapat perkhabaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah akan mencemar duli ke Kampong Ria bagi melawat mangsa banjir, skud sukarelawan Putera UMNO bersiap sedia untuk memberi bantuan sokongan.

Kemesraan bersalaman dan beramah mesra dengan DYMM Sultan Pahang seolah hilang seluruh penat dan lelah hampir 10 hari berkampong di Batu Talam. Putera UMNO membantu rombongan DYMM Sultan Pahang melawat mangsa banjir di Kampong tersebut.

Tuesday, January 23, 2007

Skim Peluang Kedua Terus Mendapat Sambutan



24 : 01 : 07 - Kerja-kerja kempen terus berjalan. Putera UMNO kekal berada di barisan hadapan dalam menyokong kerja-kerja pilihanraya. Di samping itu, perkhabaran dari Urusetia Peluang Ke Dua amat memberangsangkan. Masuk hari ke sebelas, sudah ada 33 pelajar yang mendaftar untuk mengikuti kursus di bidang automotif dan 22 pelajar untuk bidang perhotelan.

Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa apa yang dibuat oleh Putera UMNO mendapat sokongan dari ibu bapa dan mendapat sambutan dari ahli-ahli Putera UMNO.

Monday, January 22, 2007

Gotong Royong Membersih kawasan dilanda Banjir



25 : 01 : 07 - Kata orang, gambar itu menceritakan seribu memori dan gambar itu jarang boleh menipu. Kehadiran Putera UMNO benar-benar di rasai bukan sahaja di Batu Talam malah di mana-mana sahaja.

Malah ketua adalah contoh terbaik kepada pengikut. Tidak banyak yang mampu dicatit sekadar membiar minda dan mata hati kita melihat rakaman lensa kamera ini hasil kerja Putera UMNO bersama pengerusinya Dato Abdul Azeez Abdul Rahim..

Sunday, January 21, 2007

Misi Bantuan Banjir Putera bersama KTM's Superbikers



26 : 01 : 07 – Keberuntungan Dato Azeez menerajui Putera UMNO kerana dia mempunyai ramai kawan dan kenalan yang bersedia untuk membantu kerja amal beliau. Tanggal 26 Januari sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kelab KTM’s Superbikers bergerak dari Kuala Lumpur dengan membawa berbagai barangan dan berjaya mengumpul wang tunai RM 3,210. bagi diserahkan kepada mangsa banjir sekitar Batu Talam.

Soal motosikal bagi Dato Azeez bukan perkara baru kerana zaman mudanya beliau juga ada penggemar motosikal malah masih menyimpan ‘Golden Wing’ hingga kini. Oleh itu apa yang disumbangkan oleh Kelab KTM’s Superbikers kepada Putera UMNO datangnya dari kenalan dan rakan seperjuangannya sebelum ini malah hingga kini.

Saturday, January 20, 2007

Hari-Hari Terakhir penghujung Malam Berkempen



27 : 01 : 07 - Hari ini merupakan hari terakhir kerja-kerja kempen di Batu Talam. Menjelang detik dua belas malam nanti tempoh berkempen akan berakhir sementara menanti hari pembuangan undi ke esokan hari.

Meskipun kemenangan sudah di dalam tangan, namun Putera UMNO bersama seluruh jentera Pemuda UMNO ingin memastikan majoriti Barisan Nasional lebih besar dan yang penting calon bebas hilang wang pertaruhan.

Kempen berjalan seperti biasa, bertemu dan bermesra dengan pengundi terus di laksanakan oleh Putera UMNO. Menjelas kepada mereka kenapa perlunya Batu Talam terus kekal di tangan Barisan Nasional dalam meneruskan agenda pembangunan nasional. Di samping Putera bermotor terus bergerak mewarnai sekitar Batu Talam.

Namun di waktu ini Dato Azeez terpaksa berada di Kota Tinggi, Johor dalam misi Gotong Royong Perdana Putera UMNO membersih kawasan yang teruk di landa banjir. Apapun jentera Putera di Batu Talam terus bergerak dan berjalan seperti biasa.

Friday, January 19, 2007

Putera Bekerja hingga ke Hari Penentuan



28 : 01 : 07 – Kempen dan kerja-kerja pilihanraya sudah dihentikan menjelang jam dua belas malam semalam. Hari ini adalah hari pembuangan undi bagi pengundi di Batu Talam. Pengerusi Putera UMNO Dato Abdul Azeez Abdul Rahim dan jentera berpecah memantau sekitar pusat pembuangan undi bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Kemenangan sudah dijangka namun kerja mesti dilaksanakan hingga ke penghujung.