Tuesday, January 30, 2007

Satu Lagi Kerja Amal Putera : Gotong Royong di Surau Kuala Semantan



18 : 01 : 07 - Menyumbang tenaga dan berbakti untuk masyarakat sudah menjadi sebahagian daripada kerja Putera UMNO. Di minta apa sahaja, membantu mangsa banjir, menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran, membantu keluarga miskin, anak yatim yang memerlukan perhatian malah merentasi sempadan ke Yogyakarta dan misi bantuan mangsa gempa di Pakistan, Putera UMNO sanggup demi membuktikan Pemuda UMNO dan kerajaan Malaysia sememangnya prihatin dan sentiasa membela nasib rakyat.

Di Batu Talam juga begitu. Pada tanggal 18 Januari, seluruh ahli Putera di kerah untuk membersih kawasan Surau di Kuala Semantan. Sumbangan bakti sebegini adalah terjemahan bahawa Putera UMNO juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang prihatin dan mengambil berat tentang kerja-kerja amal. Jangan di lihat bahawa Putera UMNO ini hanya pada kacamata mat rempit atau remaja jalanan.